Selasa, 15 Disember 2015

PAY IT FORWARD - KONSEP BERBUAT AMAR MAKRUF SESAMA INSAN

Entri 2

Teks: Rozafrina Abdul Rahman

Foto : Rozafrina Abdul Rahman






Assalamualaikum wbt  kepada para pembaca sekelian.

Menjadi sebahagian dari keluarga Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)  ini memang amat mengujakan. Apa tidaknya, setiap protege perlu menyiapkan 44 entri. Sifu kami mencadangkan secara idealnya satu entri satu hari. Yang seronoknya memang tiada "deadline" ...boleh update entri ikut ruang lapang masa kita. Mulalah orang seperti saya ni, yang tiada disiplin untuk mencatatkan segala apa aktiviti harian dalam buku catatan, menangguh untuk publish entri. Alasannya sebab tidak ada tajuk yang menarik lagi untuk dikongsikan, atau tidak tahu nak tulis apa, atau kena fikir dan deraf dulu bagi perfect baru post

Walaubagaimanapun, saya berasa bersyukur berada dibawah  tunjuk ajar cikgu Anys Idayu yang sentiasa memberi semangat untuk terus berjuang dalam penulisan blog ini. Berada di dalam jemaah ABDR ini menyebabkan saya rasa tercabar dan bersemangat untuk menulis apabila rakan-rakan protege lain seperti sudah jauh ke hadapan dengan 5 atau lebih entri. Di tambah pula dengan nasihat sifu saya yang beliau share di FB supaya menulis secara spontan tentang apa yang berlaku disekeliling kita tanpa perlu memikirkan fakta-fakta berkaitan.

Okayylah...hari ini sebenarnya saya ingin berkongsi satu tajuk yang pastinya setiap orang pernah mengalaminya secara tidak langsung. 

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda sedang makan seorang diri di kedai mamak dan bila tiba waktu hendak bayar anda diberitahu seseorang telah bayarkan untuk anda atau anda hendak membayar tol tetapi jurutol memaklumkan bahawa kereta di hadapan anda telah membayarnya untuk anda. Bagaimana perasaan anda waktu itu? Pastinya  perasaan kita bercampur-baur seperti tertanya-tanya, terkejut, terharu, gembira dan rasa amat bersyukur. Betul tak? Tapi bagaimana kita nak balas balik jasa orang yang tolong kita tu ya? Jawapannya mudah sahaja, tak perlu "pay back" cuma perlu "pay it forward" kepada insan lain. Dengan erti kata yang lain, apa yang kita perlu buat ialah doakan agar orang yang melakukan kebaikan kepada kita itu di rahmati Allah dan kita balas kebaikan itu dengan berbuat baik pada orang lain pula. Konsep ini selari dengan ajaran Islam yang mana kita perlu mempunyai sifat ihsan sesama manusia.

TIPS UNTUK "PAY IT FORWARD"

1. Sentiasa bersedia untuk melakukan  kebaikan dengan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

2. Lakukan sesuatu yang baik dengan niat kerana Allah Ta'ala kepada orang yang tidak kita kenali tanpa mengharapkan balasan.

3. Hebahkan konsep ini kepada orang yang kita bantu (sekiranya orang itu mengucapkan terima dan nak membayar balik) dengan memberitahu mereka bahawa mereka hanya perlu lakukan kebaikan pada tiga orang yang tidak mereka kenali.

4. Bila anda pula dibantu oleh seseorang tidak dikenali, doakan orang tersebut dan firkirkan tiga  perkara kebaikan yang akan anda lakukan ke atas orang lain pula.


Melalui kaedah sebegini secara tidak langsung kita telah menggembirakan seorang insan dan orang tersebut akan menggembirakan tiga orang yang lain dan begitulah seterusnya.
Perkara seperti ini amat tinggi nilainya di sisi Allah swt sebagaimana yang termaktub di dalam hadis dibawah ini



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. daripada Rasulullah saw., Baginda bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesuatu kaum (kelompok manusia) tidaklah berkumpul di satu rumah (masjid) daripada rumah-rumah Allah, sambil membaca Al-Quran, saling memperbetulkan bacaan dan memahami kandungannya, kecuali as-Sakinah (satu makhluk Allah Ta’ala yang padanya terdapat rahmat dan ketenangan, serta ditemani oleh para malaikat) akan turun kepada mereka dan mereka diselubungi oleh rahmat. Mereka juga dilinkungi oleh para malaikat, serta disebut dan dipuji oleh Allah di kalanagan (para malaikat) yang ada di sisi-Nya. Sesiapa yang diperlahankan oleh amalannya (kerana amalannya sedikit), dia tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya (keturunannya tidak akan mengangkat darjatnya).”(Hadis Riwayat Muslim) (credit)

Saya menyeru diri saya dan rakan pembaca sekelian marilah kita mulakan hari ini dengan melakukan tiga kebaikan dibawah ini kepada orang yang tidak kita kenali dengan niat kerana Allah Ta'ala.

1) Senyum Tiga dan Menyapa dengan Memberi salam kepada saudara sesama muslim

2) Sedekahkan air mineral kepada pekerja am Majlis Bandaran yang sedang memotong rumput atau menyapu sampah di sekitar taman perumahan kita

3) Bayarkan tol untuk kereta dibelakang kita.

JOM berusaha ke arah kebaikan!



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan