TERMA & SYARAT
Para pelanggan yang dihargai, anda dinasihatkan untuk
memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang
pesanan/tempahan produk NDLife dari kami.
1. Semua barang yang telah di jual tidak boleh dikembalikan
kecuali berlaku kecuaian daripada pihak kami seperti kesilapan jenis produk,
produk luput tarikh atau kuantiti.
2. Pastikan nama dan kuantiti produk yang diisi pada borang
pesanan adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan
jenis dan kuantiti produk yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan mengisi
borang pesanan. Walaubagaimana pun, kami akan mengesahkan pesanan anda terlebih
dahulu melalui email atau telefon atau sms atau whatsapp.
3. Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam
keadaan yang baik semasa dipos, oleh itu pihak kami tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kerosakan barang atas apa-apa jua sebab semasa dalam proses
penghantaran oleh pihak Perkhidmatan Courier.
4. Kami memerlukan 1-3 hari bekerja (untuk kawasan Sabah dan
Sarawak, 3-5 hari masa berkerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan.
Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu
bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga
bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari
pertama. Walaubagaimana pun, kami akan memastikan dan mencuba untuk memproses
pesanan anda secepat mungkin SELEPAS pembayaran dan bukti pembayaran telah diterima.
5. Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas
pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan
kepada pelanggan kami samada:
i. Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru sampai.
ii. Menukarkan dengan produk yang sama harga (akan
mendapatkan kebenaran pelanggan terlebih dahulu)
iii. Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai
agen, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat
persetujuan daripada pelanggan.
6. Sila pastikan alamat yang di beri adalah sah dan ada
orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, Pelanggan akan di kehendaki
menuntut barang tersebut di pejabat Perkhidmatan Courier yang berkaitan.
7. Sekiranya pembayaran lebih di buat, baki wang akan di
pulangkan semula kepada anda.
Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada
pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada
pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke
semasa yang dikira sesuai.
Jika anda masih mempunyai sebarang kemusykilan atau
pertanyaan boleh la hubungi saya di;-
Facebook : Rozafrina Abdul Rahman
Sekian, terima kasih kerana menyokong kami. Semoga anda
berpuas hati dengan layanan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan