Teks : Rozafrina Abdul Rahman
Foto : Google
Assalamualaikum wbt. kepada rakan pembaca sekelian,
Apakhabar semua? Kita baru sahaja meninggalkan tahun 2015 yang penuh dengan kisah suka dan duka. Hari ini bermulalah hari baru di tahun 2016 mengikut kalendar Gregorian. Berbekalkan semangat tahun baru ini saya ingin membuka tirai blog ini dengan berkongsi serba sedikit tentang apa itu herba dan kepentingannya dari sudut perubatan dan kesihatan tubuh badan.
PENGENALAN
Manusia dan tumbuhan memang tidak boleh dipisahkan. Sejak Allah menciptakan Nabi Adam a.s, beliau telah diajar tentang nama segala jenis benda, dan tumbuhan dimuka bumi ini dan cara penggunaannya sehingga para Malaikat menjadi kagum dengan kebolehan Nabi Adam. Ilmu berkaitan tumbuhan, khasiat dan kegunaannya kemudian diperturunkan dari satu generai ke satu generasi sehingga kini. Gambar di atas menunjukkan Dioscorides, seorang doktor dizaman yunani bersama seorang pelajarnya sedang menukilkan 500 jenis tumbuhan herba yang penting untuk digunakan sebagai remedi untuk merawat penyakit dalam buku De Materia Medica yang diterbitkan pada kurun ke 12 selepas Masehi.
Apabila Islam berkembang di Baghdad pada zaman Abbasiyah, ramai ilmuan Islam telah menggunakan buku ini sebagai rujukan dalam merawat pesakit seterusnya mengemaskini konsep dan tata cara pengubatan ke arah yang lebih maju sehingga menjadi panduan kepada perubatan moden hari ini.
India dan China juga merupakan negara yang menggunakan tumbuhan sebagai asas perawatan kesihatan. Di India misalnya terkenal dengan perubatan Ayurveda yang telah ujud sejak 5000 tahun yang lampau. Manakala China pula terkenal dengan catatan pengalaman herba yang lengkap dan terperinci sejak ribuan tahun dahulu dan sehingga kini sudah lebih 8000 jenis herba yang telah dikaji dan direkodkan.
Di Nusantara pula, terutama di Malaysia perubatan berasakan herba ini terkenal dikalangan kaum Melayu dan telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Walaubagaimanapun, penggunaannya tidak direkodkan secara ilmiah, ianya lebih menjurus kepada amalan golongan tertentu yang diturunkan secara lisan dari generasi kepada generasi yang lain.
Hanya pada akhir-akhir ini banyak usaha yang telah dibuat oleh pelbagai pihak untuk merekodkan khasiat tumbuhan herba yang terdapat di Malaysia ini dan cara menggunakanya dalam merawat sesuatu penyakit.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HERBA
Sewaktu mencari definisi tentang herba, saya terjumpa bukan satu tapi
banyak definisi tentang herba. Hasil dari pembacaan tersebut dapat
dirumuskan bahawa herba boleh didefinisikan sebagai tumbuhan renek atau
tumbuhan berkayu yang benihnya, bunganya, daunnya, batang, kulit kayu dan
akarnya boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubatan dan bahan aroma.
BENARKAH
TUMBUHAN HERBA BOLEH MERAWAT PENYAKIT?
Menurut
Steven Horne (2009), seorang pakar herbalis dari Amerika Syarikat,
tumbuh-tumbuhan
sebenarnya
tidak merawat penyakit sepertimana ubat-ubatan konvensional. Apa yang berlaku
ialah tumbuhan ini membantu memulihkan keseimbangan persekitaran biologi, atau
persekitaran dalaman badan secara alami. Pengambilan herba sebagai makanan
dapat menyempurnakan diet sehari-harian disamping itu herba juga menolong
mengembalikan keharmonian tubuh akibat daripada belakunya gangguan disebabkan
faktor pemakanan,alam sekitar dan tekanan-tekanan yang wujud. Ahli Herbalis
menyatakan “biarkan makananmu menjadi ubat dan ubat menjadi makananmu”
Dari sudut
pandangan Islam, Rasulullah SAW menganjurkan amalan memakan herba-herba yang
tumbuh disekitar kita seperti zaitun, tin, kurma, anggur dan sebagainya
selain daripada madu dan bekam untuk memulihkan kesihatan badan seseorang
dengan izin Allah.
“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan bagi
setiap penyakit ubatnya, maka (berubatlah kamu sekalian, tetapi) jangan berubat
dengan yang haram.” (HR. Abu Dawud)
Dari Jabir berkata, “Rasulullah bersabda, bagi tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, apa bila ber ubat yang dengan penyakitnya maka ia sembuh dengan izin Allah.” (H.R. Muslim)
Dari Jabir berkata, “Rasulullah bersabda, bagi tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, apa bila ber ubat yang dengan penyakitnya maka ia sembuh dengan izin Allah.” (H.R. Muslim)
BAGAIMANAKAH HERBA BERFUNGSI DALAM MEMULIHKAN KESEIMBANGAN KESIHATAN BADAN?
Herba berfungsi secara berperingkat dan untuk memastikan keberkesanannya
seseorang itu harus istiqomah dalam mengambilnya sebagai makanan seharian.
Pemulihan keseimbangan tubuh dengan herba in melalui satu proses
bertahap yang dikenali sebagai 4R (Release, Relax, Regenerate dan Refunction).
Huraian tahap fungsi herba adalah seperti berikut:
1. Release - Membebaskan, mengeluarkan atau membuang segala racun/toksik
yang mendap di dalam tubuh. melalui sistem perkumuhan kita seperti
pembuangan air besar dan kecil serta peluh. Dalam ertikata lain proses
detoksifikasi sedang berlaku.
2. Relax - Merehatkan. Pada peringkat ini tubuh kita berada didalam keadaan
yang stabil dimana keadaan suhu, alkali dan asid badan berada pada tahap yany
paling baik seterusnya membantu sistem imunisasi badan untuk bertindak.
3. Regenerate - Menghasilkan . Pada peringkat ini sel yang mati dan rosak
diganti dengan yang baru. Antioksidan dalam herba bertindak mencegah penyakit
degenaratif.
4. Refunction - Mengembalikan fungsi organ dalaman seperti keadaan asalnya
sebagaimana Allah ciptakan apabila herba ini diambil secara berterusan.
Secara umumnya pengambilan herba sangat baik untuk menjaga kesihatan
tubuh badan kita. Walaubagaimanapun, ia memerlukan masa dan pengambilan yang
konsisten untuk melihat hasil yang optimum berbanding dengan ubat-ubatan
konvensional yang boleh menunjukkan kesembuhan dengan serta merta.
Persoalannya di sini, mengapa pengambilan herba menjadi tidak berkesan pada
sesetengah orang. Hmm...untuk menjawabnya nantikan entri saya yang seterusnya
ya !
Salam sayang,
Rujukan
Nasnan Jajuli (2013). Herba Berpotensi di Malaysia. DBP: Kuala Lumpur
Reader's Digest (2003).Nature's Medicine. RD: London
Tiada ulasan:
Catat Ulasan